Wednesday, 3 December 2014

TAMAN TASIK BANGI 3

Taman tasik bangi 3 merupakan sebuah taman yang terdapat di dalam daerah kajang.Taman ini merupakan sebuah taman yang cukup indah, cantik, dan selesa untuk didiami.jadi di dalam blog ini ingin dikongsikan beberapa tempat penting yang ada di sekitar taman ini dan ingin ditampilkan juga struktur rumah yang ada di taman ini.


Ini merupakan struktur rumah di taman ini

Ditaman ini juga terdapat tempat rekreasi yang selalu digunakan oleh penduduk sebagai tempat untuk mereka beriadah dan meluangkan aktivit bersama keluarga di petang hari.


Padang bola ini digunakan oleh penduduk khusnya golongan muda untuk beriadah pada waktu petang


Surau yang terdapat ditaman ini merupakan surau yang sentiasa hidup dengan majlis-majlis ilmu dan segala aktiviti kemasyarakatang yang dapat meningkatkan rohani dan sahsiah penduduk untuk menhadi lebih dekat dengan pencipta.Disurau ini segala tugas dibahagikan dengan sistematik agar segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar.


Surau Al-Raudhah, Taman Tasik Bangi 3


Poster yang digunakan oleh pihak surau untuk memberitahu kepada penduduk tentang program yang diadakan 

Gambar ini menunjukkan ahli jawatan kuasa surau ditaman ini 

Pengurusan di taman tasik bangi tiga ini diketuai oleh ketua taman iaitu Haji Zainol Abidin bin Hassan dan sistem pengurusannya begitu sistematik sekali kerana setiap lorong atau jalan akan diketuai oleh seorang ketua.Jika berlaku sebarang kecemasan atau ingin membuat aduan, para penduduk boleh merujuk kepada ketua jalan ini terlebih dahulu.Jalan ini dilakukan agar segala masalah penduduk taman dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan.

Ketua taman tasik baru bangi 3

Senarai ketua jalan di taman ini

Taman tasik abngi 3 juga sering menganjurkan program kemasyarakatan seperti gotong royong bagi membersihkan kawasan taman supaya kelihatan lebih bersih dan semakin selesa untuk didiami oleh para penduduk.Program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk-penduduk di taman ini.


                                  
                                        Sekitar aktiviti gotong-royong yang dilakukan ditaman ini


Taman ini juga mempunyai taska bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak.Taska disini kelihatan begitu cantik dan selesa untuk kanak-kanak belajar dan berkawan.


Tadika haluan insan yang terletak di Taman Tasik Bangi 3

                                      


Di taman ini juga terdapat pusat latihan bakeri untuk para peminat pastry untuk belajar membuat kek dan sebagainya.


Masterbaker Academy

Selain itu, di sekitar kawasan taman ini juga terdapat banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk para penduduk seperti tempat makan, pusat tuisyen, klinik dan banyak lagi.Kemudahan yang disediakan ini membuatkan penduduk selesa untuk terus tinggal disini.


Klinik kesihatan bangi yang terletak kira-kira 300 meter dari taman ini

Pusat tuisyen dan dan klinik swasta

Restoran mamak di seksyen 3 berhampiran Taman Tasik Bangi 3

Bagi mengawal keselamatan tamain ini< pihak pengurusan taman telah menubuhkan jawatankuasa keselamatan taman.Mereka mengawal pergerakan keluar masuk setiap orang yang berada di kawasan taman ini.

Pondok pengawal Taman Tasik Bangi 3

Kami berharap agar melalui blog ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para pembaca tentang apa yang ada di taman tasik bangi 3 ini.